''Adakalanya kita di atas, adakalanya kita di bawah ''
Ya, seperti kata pepatah 'hidup ini bagaikan roda''. Tak semestinya kita di atas, kadang2 kita tersungkur jatuh ke lubok dan jurang yang paling dalam. Situasi ini membuatkan kita menjadi orang yang paling berputus asa, tidak berguna, memikirkan apa salah dan dosa kita diperlakukan sedemikian rupa...
Akan tetapi..
''Sesuatu yang berlaku ada hikmahnya''...ya, tak semestinya sesuatu yang kita mahukan itu adalah baik bagi kita, kadang2 kita tak menyedari bahawa sesuatu yang paling kita tidak suka adalah paling terbaik bagi kita. Mungkin tak akan ternampak kenikmatannya pada hari ini, esok, lusa dan seterusnya..mungkin memakan masa bertahun lamanya barulah ternampak kebaikannya. Ya, kerana Allah s.w.t maha mengasihi, penyayang dan pemurah. Tidak mungkin Allah akan membiarkan hambanya itu teraniya menghadapi kesukaran sahaja seumur hidupnya. Sesungguhnya hidup insan yang teraniya lebih murah rezekinya.
Keputusan yang dibuat boleh mempengaruhi hidup seseorang seumur hidup. Jadi, kenalah bertimbang rasa dan memikir dengan mendalam dari pelbagai segi aspek dalam membuat keputusan yang akan mempengaruhi hidup.
Sahabatku..
Bukanlah niatku untuk mencampuri urusan hidupmu, apatah lagi urusan peribadimu. Bukan juga niatk ingin mengaibkanmu, aku sekadar ingin mencetus rasa membantumu. Hidup ini penuh dengann rona dan cabaran. Bukan seperti zaman kanak2 kita dahulu penuh dengan tawa riang. Masihku ingat kita sering bermain air di kaki sungai menakung ikan ntuk bermain masak2. Masih segar diingatanku ibumu memarahi kita berdua kerana selalu mencuri bahan2 di dapurnya untuk bermain masak2 di belakang rumah. Bersama2 kita berganding tangan bermain di pantai dan memetik buah asam di kebun orang di hutan belakang rumah. Oh...sungguh bahagia masa itu..andai dapatku putar balik masa dan menghentikannya..
Akan tetapi, agak tidak adil untuk anak2 muda dan generasi akan datang bukan? Sesungguhnya mereka juga ingin merasa kegembiraan dan kenikmatan masa kanak2.
Sahabatku..
Setelah kita meningkat remaja, kita membawa haluan masing2. Agak lama juga barulah kita berkesempatan bersua lagi.
Sahabatku..
Kepercayaan itu terlalu bermakna. Bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan dan mempercayai dalam diri seseorang. Ya...amat sukar. Sekali kepercayaan itu dinodai, maka hilanglah ia..Sekiranya sudah memaafkan tidak mungkin ianya akan sama dan kembali pada bentuk yg sama.
Sahabatku..
Aku tahu, pada situasi yang amat sukar ini aku percaya dirimu amat merasa marah, kecewa, sedih dan sakit hati kerana kepercayaan telah dikhianati. Aku percaya dirimu sukar untuk tidur malam kerana fikiranmu masih ligat memikirkan perasaan sakit hati dan kecewa. Ya, manakan mungkin luka semalam akan terus baik pada esoknya. Seandaikan satu masa hari kelak ianya akan pulih, tetapi bekasnya masih ada. Percayalah diriku juga penah mengalami dan memahami situasi mu sekarang. Aku bukan hanya pandai berhelah dan omong2 kosong seolah2 memahami perasaanmu. Tetapi aku betul2 memahami apa yang kau rasakan sekarang.
Sahabatku,
Nasihatku, usahlah kau memandang dan memikitkan luka itu lagi. Kosongkan sahaja pemikiran mu dan terus melangkah kehadapan dan tidak perlu menolah kebelakang lagi. Aku percaya kebahagian itu ada dihadapanmu kelak. Cuma teruskan bersabar dan panjatkan doa dirimu berbahagia kelak. Aku percaya dirimu dapat menghadapi semua ini kerana dirimu seorang yang paling tabah pernah ku jumpa.
Sahabatku..
Percayalah..aku amat menyayangi dirimu sebagai seorang sahabat. Dan aku percaya bukan diri ku seorang yang masih menyayangi mu dan menyokong mu dari belakang. Percayalah, masih banyak yang menyayangi dirimu sahabat. Best of luck sayang :)
dari sahabatmu;
Khalida
Ps: I wrote and supervised this letter many time so that it's wont bring any hurt to your feeling.*lots of love*
No comments:
Post a Comment