>

TRANSLATOR

Elegant Rose


Wednesday, January 11, 2017

NUKILAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

dah 4 tahun baru nak wat entry baru...xtahu kenapa hari ini terdetik sangat hati aku nak menulis. mungkin sebab hati aku agak berduka lara dan berduka cita.. hari ini last paper aku untuk kedua-dua pelengkan..aku rasa down sangat sbb aku xdapat jawab dua-dua paper itu..kemungkinan untuk lepas tersangatlah tipis.  Masa depan aku nampak dah semakin menjauh...Tak tahu lah kali ini sama ada aku boleh bertahan ke tak..sbb aku dah larat sangat nie.  Penat aku mengejar budak-budak pandai ni.  Yerlah korang cakap dont give up aku x give aku pnh yakin sangat dgn markah aku tp semua worthless..aku terkejut gak time tue yelah sbb aku rasa dah menjawab skema jawapan.  Tapi sekarang aku jadi lebih x berkeyakinan aku rasa sampah sangat nie.  Mengantok dah aku nie.penat sangat dah mencoba.Aku rasa pengorbanan yang sia-sia.membuang masa mcam bodoh!Blaja macam x blaja..x blaja lagilah macam x belaja.haahaha.ko paham mcm daun atas air ikut je ke sana kemari. Semua org ingt aku hebat..hebat amenda nya,macam dah mati dah kepenatan ni,,,

Monday, May 12, 2014

SALE!!! SALE !!! SALE!!

Hello, i want to let go few things,



RM 35, ONE M SIZE


RM 35, ONE L SIZE


RM 65, SIZE M


RM 45, FREE SIZE


RM 55, SIZE 37


TO ORDER/BUY DO CONTACT O135766561~TQ


Monday, November 25, 2013

CHEESE CAKE WITH KIT KAT


Asalamualaikum dan selamat sejahtera

     Malam ini saya nak share macam mana nak buat kek cheese kit kat(as requested)..hehe..Sebenarnya sangat mudah nak buat kek cheese kit kat nie..


Bahan-bahannya :-

2 bungkus biskut saltcheese
500g philadelphia cream cheese
1 tin susu pekat  f&n
3 bungkus Kit kat(yang berharga RM 5.90-3 bungkus di dalamnya)
3 crunchie biskut Top(ada diskaun RM 3.90-3 bungkus didalamnya)
1 kotak cheese cheedar

Bahan-bahan dipukul :-
500g philadephia cream cheese
1 tin susu pekat f&n(boleh kurangkan kepada separuh jika suka tak terlalu manis)


Langkah :-
  1. Cream cheese yang dipukul sebati bersama-sama susu pekat tadi disusunkan secara berlapis-lapis dengan biskut saltcheese. 
  2. Susun secara berselang seli(Horizontal dulu kemudian vertical-harap faham cara penyusunan..kalau x paham juga boleh contact saya secara personal.hehe)
  3. Selepas 2 kali susunan dengan biskut saltcheese, Crunchie biskut top yang telah di potong secara kecil-kecil disusunkan atas lapisan ketiga. Lapiskan dengan cream cheese supaya permukaan nya rata.
  4. Diulangi lagi dengan 2 kali lapisan biskut saltcheese.
  5. Lapisan atas kek bolehlah disusun dengan coklat kit kat,dihaluskan lagi dengan hiasan cheese cheddar(cheese parut). Saya letakkan sedikit susu pekat untuk kasi lebih lemak berkrim kata orang...hehe
  6. Disimpan di dalam peti ais selama 1 malam sehingga sejuk.




cheese cake kit kat


Sangat sedap di makan semasa minum teh.hehe

Monday, November 18, 2013

KETAM MASAK TELUR MASIN


Assalammualaikum dan selamat petang..


Kali ini adalah resepi mudah ketam masak telur masin(atau asin orang sarawak cakap.hehe).  Sangat simple resepi ini tau! Ok nak tengok bahan-bahan dan cara-cara nya di bawah:-


Bahan-bahan :-

1 1/2 kg ketam kasturi/apong(warna hitam, saya guna merah sebab susah nak cari ketam apong, ada pun terlalu kecil, tak selera nak makan yang kecil).
2 ulas bawang putih
1 cubit kunyit
garam secukup rasa
ajinomoto secukup rasa
1 biji telur masin
5 tangkai cili padi(kalau tak suka pedas sangat, boleh kurangkan jumlah)
1 sudu minyak masak
1 batang serai dipukul sedikit


 Cara-cara membuat :-

  1. 1 1/2 kg ketam kasturi dibersihkan dan dipotong-potong dua bahagian.
  2. 2 ulas bawang putih dan 5 tangkai cili padi dilumatkan mengguna lesung batu.
  3. Bahan -bahan yang dilumat di tumiskan sehingga naik bau.  Masukkan sekali serai.
  4. Masukkan kunyit dan telur masin, garam dan ajinomoto secukup rasa.
  5. Masukkan ketam kasturi dan gaul sehingga sebati.
  6. Tunggu 10-15 minit masak.



ketam masak telur masin

Saturday, November 16, 2013

HI-FIBRE CHEESE CAKE MOTIVATE FROM SECRET RECIPE


Assalamualaikum dan selamat pagi..


Saya nak share sedikit macam mana cara membuat hi-fibre cheese cake yang dimotivate daripada Secret recipe.  Tak tahu macam mana rupa kek tue? tengoklah dekat bawah :-




macam nie lah rupanya (gambar instagram)



Bahan-bahan(adunan sebenarnya untuk loyang 9x9, tapi disebabkan tak ade loyang 9x9, kek menjadi tinggi macam kat atas ) :-


  • 100g oats
  • 80g cornflakes, diramas halus
  • 100g raisins
  • gula perang
  • 125g mentega
  •  madu/golden syrup
  • 750g cream cheese(guna philadephia cream cheese)
  • 300g UHT Whipping cream
  • esen vanilla
  • pistachio/walnut
  • wheat germ
  • 4 biji telur
  • tepung jagung
  • multi grain



Bahan Base :-


  • 100g oats
  • 80g cornflakes, diramas-ramas halus
  • 100g raisins
  • 3 sudu teh gula perang
  • 125g mentega
  • 1 sudu teh madu/golden syrup



Filling :-


  • 750g philadelphia cream cheese
  • 100g gula perang
  • 170g madu/golden syrup
  • 1 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 30g tepung jagung
  • 300g UHT Whipping cream
  • 4 biji telur(dipukul sedikit)
  • 80g wheat germ (dipanggang sedikit)
  • 100g pistachio/walnuts (dicincang kasar)



Topping(digaulkan semuanya):-


  • 80g multi grain (campuran wheat germ,oats, cornflakes, raisins)
  • 2 sudu teh gula perang



cara-cara membuat :-

  1. Griskan tepi loyang(loyang boleh diangkat di bawah) dengan mentega dan panaskan oven pada suhu 180 darjah Celsius.
  2. Cairkan mentega dan gaulkan bersama-sama dengan bahan base dan masukkan ke dalam loyang.  Tekan dan padat-padat menggunakan sudu.  Bakar ke dalam oven selama 20 minit 180 darjah celsius.  Sesudah masak ketepikan.
  3. Untuk membuat filling, pukul cream cheese, gula, madu dan esen vanilla sehingga berkrim(keputih-putihan). Masukkan tepung jagung, whipping cream dan telur, pukul sehingga sebati.  Masukkan wheat germ dan pistachios/walnuts dan gaul rata.
  4. Tuangkan adunan filling ke atas lapisan base dan tabur dengan bahan topping di atasnya.
  5. Bakar secara bain marie(water bath) selama 60 minit.  Tutup oven dan biarkan cake di dalamnya selama 1 jam(untuk merasa kek anda sudah masak ke belum, gunakan lidi cucuk-cucuk ke dalam kek, sekiranya lidi kering dan tidak melekat-lekat, kek dah masak).
  6. Biarkan sejuk dan kemudian barulah dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman sebelum di potong.
  7. Jika ingin membuat saiz kek yang lebih kecil, kurangkan resepinya kepada 1/2 adunan


Sesiapa yang tak tahu cara bain marie(water bath boleh tengok gambar di bawah yer).



bain marie(water bath)


credit untuk empunya resepi, citarasawan.blogspot.com.




NASI BRIYANI AYAM SENANG


Assalammualaikum dan selamat malam..



      Kali ini saya nak ajar cara memasak nasi briyani ayam senang.  Super senang!  Kalau dah pandai masak sendiri briyani tak payah dah nak beli kedai mamak, sendiri boleh masak.hehe.  Sebelum nak start memasak, pastikan memasak ayam dahulu baru masak nasi briyani ayam yer sebab nak masukkan ayam yang dah masak ke dalam nasi nanti.


Bahan - bahan:

2kg ayam
250g kismis 
250g kacang hijau(di dalam tin)
1 tin susu krimer cair f&n
400ml susu santan parut(200ml untuk briyani ayam dan 200ml untuk nasi briyani)
7 sudu besar minyak
2 sudu besar serbuk cili adabi
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
2 ketul kiub perasa ayam knows
garam secukup rasa
4cm halia
10 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji bawang bakong(bawang besar)
1 tapak tangan cili kering yang dilumatkan(diblender halus)
1 bungkus sup bunjut
3 batang kayu manis ( 2 untuk memasak briyani ayam, 1 untuk nasi briyani)
4 biji buah pelaga ( 2 untuk memasak briyani ayam, 2 untuk memasak nasi briyani)
4 kuntum bunga cengkih ( 2 untuk memasak briyani ayam, 2 untuk memasak nasi briyani)
2 biji bawang besar dihiris-hiris (bahagikan kepada dua bahagian!)
ajinomoto secukup rasa
8 sukatan beras
2 sudu teh kunyit
3 sudu teh kari ayam/daging


Bahan-bahan ayam briyani :-

2kg ayam dipotong-potong sebaiknya
7 sudu besar minyak masak
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh jintan manis
2 sudu teh ketumbar
1 kiub perisa ayam knows
garam secukup rasa
ajinomoto secukup rasa
1 tin susu krimer cair f&n
200ml susu santan parut
1 tangkai serai


Bahan-bahan untuk diblender 1/2 cawan air :-

4cm halia
10 ulas bawang puteh
5 biji bawang merah
1 tangkai serai(dipotong-potong)


Blender berasingan :-

1 tapak tangan cili kering yang dilumatkan(diblender halus)


Bahan tumis :-

2 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 biji bawang besar dihiris-hiris


Cara-cara membuatnya :-
  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
  2. Masukkan bahan tumis sehingga naik wangi dan masukkan bawang sehingga bertukar kekuningan.
  3. Masukkan bahan-bahan yang telah diblend tadi sehingga yakin masak.
  4. Masukkan ketumbar, jintan manis, 1 kiub perasa ayam knows,  serbuk cili, cili kering yang diblender (saya masukkan sekali cili kering sebab serbuk cili kurang pedas, serbuk cili hanya bagus untuk merahkan rempah sedikit)
  5. Masukkan 1/2 cawan air  dan 1 tin susu cair krimer f&n dan kacau rata.
  6. Masukkan ayam dan tambah 1 cawan air. Masukkan 200ml susu santan parut. Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa dan tunggu ayam masak.
  7. Ketepikan ayam yang sudah masak.




sorry gambar kurang jelas, lapa sangat kot.haha



Bahan-bahan nasi briyani :-

8 cawan beras basmathi
3 sudu besar minyak sapi
250g kismis
250g kacang hijau (di dalam tin)
200ml susu santan parut
2 sudu teh kunyit
3 sudu teh kari
1 bungkus sup bunjut
garam secukup rasa
1 kiub perasa ayam knows
8 cawan air

Bahan tumis
1 bungkus sup buncut(dibuka ikatan dan dilumatkan)
1 batang kayu manis (dilumatkan untuk menambah bau rempah)
2 kuntum bunga lawang (dilumatkan)
2 biji buah pelaga (dilumatkan)
1 biji bawang besar yang dihiris-hiris.


Cara-cara :-
  1. panaskan minyak di dalam kuali.
  2. tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan juga bawang besar dan masak sehingga kekuningan.
  3. Masukkan kiub perasa ayam knows.
  4. masukkan beras basmathi dan masukkan kunyit dan kari.
  5. Masukkan 250g kismis dan 250g kacang hijau. Tambahkan garam secukup rasa.
  6. Bahan-bahan tadi dimasukkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti memasak beras biasa(masukkan sekali 200ml susu santan parut).
  7. Selepas beras masak dan menjadi nasi briyani, masukkan ayam briyani kedalam nasi briyani selama 30 minit.
  8. Sekiranya sudah masak, bolehlah menikmati hidangan!




nie kali pertama buat, lupa nak ambil gambar.hehe


      Tips beras terurai :- sebelum memasukkan beras kedalam kuali, panaskan beras dengan air panas selama 5-7 minit. Jangan terlalu lama, nanti beras kembang!.

KAMBING DIPANGANG LADA HITAM



Assalammualaikum dan selamat malam..


Kali ini nak ajar cara paling senang dan sedap kambing perasa lada hitam.


Bahan-bahan :-

1 botol black pepper sauce jenama lee kum kee(kalau tak tahu macam mana rupa, tengok gambar dekat bawah ye, jangan risau dijamin halal)
2kg daging kambing(mutton or lamb, dua-dua pun boleh, sedap!)
Bahan-bahan buat arang(pangang) mesti tahulahkan?hehe





Perasa lee kum kee sedap


     Cara-cara senang saja, 2 Kg daging diperap(marinate) dengan setengah botol perasa black pepper by lee kum kee( tak payah letak satu botol, setengah botol dah cukup..nanti terlampau masin dan pahit daging tue.  Jangan letak garam!lee kum kee dah ade perasa).  Tengok gambar dibawah, perapkan selama sekurang-kurangnya 1 jam.  Semakin lama daging diperap, semakin sedap daging itu nanti(sebab rasa sudah menyerap dalam daging).




diperap antara 1-2 jam


Selepas itu, bersedialah nak memangang, ta..daaa.hehehe






enjoy sangat memangang di belakang rumah!!





kalau kami tak memangang di belakang rumah, kami memangang di dalam rumah jer.hehe





tukang masak makan sekerat jer. tak baik makan daging banyak sangat*ada penyakit high cholesterol*.