Kali ini review tentang produk in2it lagi. Seperti di nyatakan dalam entry-entry sebelum nie, saya kan pengguna tegar produk-produk in2it. Hari itu bila hang-out dengan kawan kami sempat meyinggah di guardian sekejap. So, ternampaklah produk baru keluaran daripada in2it nie; In2it Gel tint for lip and cheek. In2it coba memperkenalkan keluaran baru yang boleh digunakan sebagai pengilap bibir selepas menggunakan lipstick dan selain itu juga bertindak sebagai blusher*tak payah susah-susah cari blusher sebab dah 2 in 1 tint gel* . Sebab itu lah salah satu saya pengemar produk in2it, sebab dia boleh mengayakan berbagai cara penggunaan dalam satu produk kosmetik. Masa saya beli gel tint ini hari itu ada promotion, RM 8.90 satu. Cheap kan? memang berbaloi-baloi.
Gel tint terbaru daripada in2it
Awesome..
Gel tint ini sangat bagus tau sebagai pemerah pipi. Nak tau sebab nya?sebab bila di sapukan sedikit pada pipi tak pelu risau benda tue dituang terlalu banyak kerana apabila mengena pada kulit, automatik menyerap pada permukaan kulit. Sangat comel digayakan pada yang berkulit cerah. Pinky-pinky gitu.hehe. Tapi amaran, bila disapu pada kulit bagus disapukan secara rata cepat-cepat, sebab yerlah benda nie kan dalam bentuk liquid. Nanti kering kurang menarik pulakkan?
8 hour wear
Salah satu kehebatan in2it gel tint nie, 8 hour wear. Memang long lasting punya.
No comments:
Post a Comment