Kali ini review tentang in2it oil control & oil free 2-way foundation atau lebih dikenali sebagai 2-cakes foundation.
Bagi saya produk ini adalah produk yang super awesome. Kenapa? sebab ia boleh menutupi cela atau parut jerawat yang dalam kat muka siapa-siapa yang berparut tue. Contoh?macam aku lah.hehehe...Untuk pengetahuan juga, aku dah guna produk ini lebih dari empat tahun berturut-turut tanpa tukar, yerlah sebab aku ini suka test produk..mean benda ni memang super awesome sebab aku tak tukar-tukar dah. Precise year aku guna produk nie? enam tahun dah tanpa henti..sebab tue lah aku cakap aku adalah salah seorang fan produk in2it bagi sesiapa yang pernah membaca entry disini tau lah kot.
Kesimpulan kelebihan yang dapat aku simpulkan dari produk nie :-
- SPF 25(tabir suria yang bagus).
- Boleh melindungi kekurangan pada kulit wajah setanding dengan BB cream.
- Tidak perlu menggunakan base liquid dah kalau guna ini sebab kalau terlampau banyak semacam tebal jadinya.
- 2 cara penggunaan, natural atau moderate use (kalau moderate use kena basahkan sponge tue sedikit dengan air baru applykan pada wajah anda).
- Bagus untuk make-up flawless.
Akan tetapi, produk ini juga ada keburukan dia tau, hermm.. :-
- Penggunaan yang terlalu lama boleh menutupi liang roma dan menyebabkan liang roma terbuka(part ini aku geram sangat).
- Kalau digunakan pada jangka masa yang lama, pada sesiapa yang memiliki kulit yang jenis berminyak tue memang akan bercepuk2 lah kulit tue nanti(lap dulu minyak pada kulit wajah baru apply yang baru).
Walau bagaimanapun, pembelian produk adalah atas pilihan pengguna sendiri, saya masih guna produk nie walupun saya tau keburukan produk ini. Kenapa? hanya ini yang sesuai untuk kulit saya.. dah coba untuk menukar produk beberapa kali juga tapi sayang memang tidak sesuai dan seawesome produk ini atas kulit saya.*sigh*
Soft Beige 01
Terdapat dalam pelbagai pilihan warna Soft Beige 01, Warm Beige 02, Harvest(natural) 03. Saya guna yang paling cerah iaitu Soft Beige 01. Harga? RM 39.90 itupun kalau bertuah dapat jumpa yang promotion, paling murah saya jumpa RM25.00. Boleh didapati di kedai guardian dan watson anda yang berdekatan.
No comments:
Post a Comment