>

TRANSLATOR

Elegant Rose


Thursday, November 14, 2013

KATE MY COLOR PENCIL


Assalammualaikum dan selamat tengah hari..


     Kali ini saya nak buat review tentang color pencil yang super awesome by Kate. Kate my color pencil adalah pembayang mata (eye shadow) yang didalam bentuk pencil selain daripada bentuk biasa iaitu debu. Bagi siapa-siapa yang pernah menggunakan jenama Kate confirm tahu yang kate mempunyai produk-produk yang super awesome yang tidak akan rasa rugi pun membelinya.  Sebenarnya gambar kat bawah tue adalah color pencil saya yang dah disambungkan dengan pemegang.  Kate sebenarnya menjual kaler pensil ini sahaja.  Bekas nya pulak dijual berasingan.

     
     Kate ada menjual pelbagai pilihan kaler lain selain kaler dibawah tue.  Hari itu saya sempat membeli satu untuk saya sendiri kaler dark brown kerana bagi saya kaler itu sangat cantik dan bagus sebagai base kaler. Ada banyak kelebihan kate my color pencil ini,saya ringkaskan dibawah :-

  • Sangat cepat dan mudah untuk seseorang yang mahu make-up cepat-cepat.
  • Kaler nya terang dah melekat malahan lebih bagus daripada shadow jenis debu sebab tak kotor bila dibayangkan pada mata.
  • Kualiti yang bagus.
  • Bentuk dan bekas yang compact sangat.
  • Harga berpatutan; kaler pencil RM 16.90 dan bekas pemegang RM 6.00.
  • Pencil color yang boleh dicabut-cabut pada pemegangnya dan ditukarkan dengan pencil color warna lain(mudah).
  • Sesuai untuk berkulit cerah dan gelap.




sangat suka kate my color pencil




sangat lawa bukan?



      Ok, Setakat itu sahaja lah review saya kali ini tentang Kate my color pencil.  Yang dapat saya simpulkan produk ini sangat Awesome, terdapat banyak pilihan warna-warna yang sangat cantik, bolehlah cuba merisik kedai guardian dan watson yang berdekatan.

No comments:

Post a Comment