>

TRANSLATOR

Elegant Rose


Wednesday, November 13, 2013

LOVELY ME: EX BB PACT

Assalammualaikum dan selamat malam..

Pernah tak guna product nie.. Lovely Me: Ex BB pact??  Benda nie adalah sejenis bedak compact keluaran baru daripada The face shop. Cuma, dia nya fungsi lebih lagi kot dari compact powder biasa sebab mengandungi BB powder.  Untuk pengetahuan juga, The face Shop nie menjual produk-produk kosmetik daripada korea.

haa..cam ni rupa dia..comel kan??saya tengok2 mula pon terus excited.haha


Bila dibuka camnie..nampak sudah hp rilakuma aku.


Kelebihan Lovely Me: Ex BB Pact..sbnrnya sangat2 banyak dan bagus compact powder nie: -


  1. Mesra pengguna! sebab? banyak fungsi nya...Compact nie tak menutup liang roma disamping berfungsi sebagai BB powder(sbb the face shop memang mementingkan natural product daripada chemical contain yang terlampau banyak).
  2. Permukaan powder nie sangat lembut malahan dipakaikan di muka pon lembut tau.
  3. Semua jenis kulit boleh pakai.
  4. Yang nie muncul dalam satu jenis jer, semua jenis warna kulit(cerah dan gelap) boleh pakai..sesuai sebab powder ini mengikut warna kulit pemakainya.
  5. Tak perlu dah pakai BB cream untuk menutupi cela sbb dah mengandungi BB contain.
  6. Sesuai untuk make up yang natural dan tak terlalu berat


Kelemahan?

  1. Hanya mempunyai SPF 20.  Kalau yang jenis selalu berjemur dan kerja site tak boleh guna compact powder nie sangat, sbb SPF nya kurang.
  2. Compact powder nie kurang melekat/sebati dengan kulit saya..tak tau lah orang lain.
  3. Walaupun mengandungi BB powder, tp dalam menutupi cela/parut jerawat yang dalam atau agak produk nie agak failed.


    Akhir sekali, produk nie sangat bagus untuk kesihatan kulit sebab kurang mengandungi bahan kimia.  Yalah, di luar sana terlampau banyak produk-produk kecantikan yang boleh merosakkan kulit wajah.  Hari itu saya beli murah jer sbb ada harga promotion 50% daripada the  face shop. Harga asal RM 40, half-price beli RM 20 sahaja.  

No comments:

Post a Comment