>

TRANSLATOR

Elegant Rose


Thursday, November 14, 2013

SILKYGIRL LASH PRISM WATERPROOF MASCARA


Assalammualaikum dan selamat petang..


      Kali ini review tentang Silkygirl lash prism waterproof mascara pulak.  Saya rasa ramai yang tahu tentang silkygirl lash prism waterproof mascara ni kot, sebab rata-rata pengguna di Malaysia menggunakan mascara by Silkygirl ini kot. Sebab tue mula-mula pikir-pikir jugak nak buat ke tak entry tentang silkygirl lash prism waterproof mascara ni.  Tapi tak per lah, untuk pengetahuan jer mana tau ada yang belum pernah cuba mascara nie. 


     Saya ringkaskan sahaja lah review tentang silkygirl lash prism waterproof mascara ni, dari kelebihan ke keburukan/kekurangan lah :-


Kelebihan :-
  • Murah(ya semestinya harga dulu tengok.haha) kurang daripada RM 20.00
  • Sangat bagus untuk melentik dan menghitamkan bulu mata.
  • Simple dan bagus untuk make-up jenis natural.
  • Cuci make-up tak perlu guna baby-oil pon boleh, mudah tanggal bila kena air.

Kekurangan:-
  • Silkygirl lash prism waterproof mascara nie sebenarnya tak waterproof pon, kena air hilang.
  • Kurang sesuai untuk make-up jenis smokey eyes atau yang heavy sebab tak berapa bagus untuk melebatkan bulu mata(bagi yang mempunyai bulu mata yang lebat itu Oklah, kalau yang kurang lebat tue terpaksalah menggunakan bulu mata palsu).
  • Mascara di mata tak boleh kena air, jauhkan.




 
Silkygirl ada menyediakan dua jenis mascara iaitu Brown dan blackest black.

No comments:

Post a Comment