Assalammualaikum dan selamat malam..
Saya nak share sedikit macam mana nak buat kek cheese yang very da simple kata omputeh.hehe. Sangat simple tau sampai macam tak percaya pon. Mula-mula bahan yang diperlukan kat bawah :-
Bahan-bahan :-
1 tin susu pekat( Guna separuh jer, nanti terlampau manis pulak)
Oreo satu bungkus (dipecah-pecahkan)
500g philadelphia cream cheese
1 biji telur
Kacang sedikit(boleh tambah ikut sukatan sendiri, tak nak pon tak apa)
Butter 50g
Untuk Base
Oreo satu bungkus (cream-cream itu asingkan, ambil yang biskut jer)
Kacang (hancurkan kacang)
Butter 50g
Filling
500g philadelphia cream cheese
1 tin susu pekat
1 biji telur
Cara-cara buat base kek:-
Mula-mula asingkan biskut oreo dengan cream dia. Ambil biskut itu jer dan kisarkan guna pengisar, kalau tak mahu hancur sangat pecah-pecahkan sahaja sedikit. Lepas tue, panaskan 50g butter kedalam kuali. Biskut yang telah dikisar itu di masukkan kedalam loyang (8x8) yang boleh diangkat permukaan bawahnya. Butter yang sudah dicairkan dimasukkan ke dalam biskut dan gaulkan sampai sebati bersama-sama dengan kacang yang telah dihancurkan(kalau masukkan bersama-sama kacang perlukan butter yang lebih kurang 100g, kalau tak guna kacang cukup 50g jer). Tekan-tekan biskut kedalam goyang sehingga rata.
Panaskan ke dalam oven 180 darjah Celsius selama 10 minit. Selepas masak, biarkan selama sekurang-kurangnya 10-30 minit.
Cara-cara buat filling kek :-
Putarkan 500g philadelphia cream cheese bersama-sama dengan separuh tin susu pekat dan sebiji telur sehingga sebati. Selepas sebati masukkan ke dalam loyang yang berisi base yang sudah sejuk. Hentak sekali jer loyang itu untuk meratakan permukaan kek cheese. Akhir sekali, masakkan kek dengan cara bathing(memasukkan loyang ke dalam bekas berisi air panas) ataupun lebih senang cara kukus. Jangan lupa balut dulu permukaan bawah loyang dengan pembalut timah yer. Nanti masuk air kek jadi tak cantik pulak. Panaskan sebanyak 180 darjah celsius selama 45 minit, atau masak sehingga masak. Boleh merasa kek tue masak atau tidak dengan cucuk sedikit guna lidi. Kalau dah kering tak melekat-lekat, masaklah tue. Selepas kek itu masak, biarkan di dalam oven selama satu jam. Selamat Mencuba!.
hasil kek cheese yang diletakkan di dalam peti sejuk
No comments:
Post a Comment