>

TRANSLATOR

Elegant Rose


Friday, November 15, 2013

CREAM SUSU BERAS


Assalammualaikum dan selamat petang


         OK, ini adalah 'review produk' yang terakhir daripada saya (kalau ada produk-produk lain nanti saya buat review lagi ye..berhenti sat).  Jikalau produk-produk lain saya kebanyakkan membeli dekat guardian, watson dan farmasi berdekatan. Tapi, yang kali ini special sikit lah, saya beli dekat online.  Memperkenalkan produk ini yang bernama cream susu beras(ta..daaaa!).  Sebenarnya cream susu beras ini made in Thailand. Yup! sangat jauh bukan?sempadan tue..hehe.  Seperti saya terangkan dalam entry-entry sebelum ini(tak per,saya bagitahu lagi) saya mempunyai kulit wajah yang sangat sensitif! So, memang tak boleh lah nak main pakai-pakai sebarang produk jer, nanti muka tumbuh jerawat lah apalah..hish..menyusahkan betul..


         Krim sabun susu beras ini saya berani cuba sebab ia diperbuat daripada 100% bahan semula jadi iaitu susu beras dan tidak mengandungi chemical contain yang berbahaya kepada kulit.  Kalau dekat kedai-kedai kecil di pasaraya mungkin dia orang akan menjual daripada lingkungan RM12-RM24 satu bekas kecil macam di bawah ini.  Kenapa berlainan harga?Semua itu mungkin kerana kedai-kedai itu mengecas harga postage sekali!.  Tapi hari itu saya beli RM55 termasuk postage satu dozen! Agak murah bukan?..boleh kira sendiri satu bekas berapa.hihi.


        Sepanjang penggunaan saya terhadap krim ini saya sangat berpuas ati sebab krim ini sangat lembut tau, bila digunakan/disapu pada muka juga sangat lembut.  Nak tengok krim itu boleh tengok gambar dibawah.




Cream susu beras



Bentuk di dalam

     Jikalau ditengokkan pada krim susu beras itu, sebenarnya lebih kurang dengan produk Dream Matte mousse by maybelline(hey..why nak banding-bandingkan produk yang murah dengan yang mahal?ape kelas kan!haha).  Ok bukan berniat nak membanding-bandingkan produk yang murah dengan produk yang mahal(maybelline atau cream mousse dari produk lain juga).  Saya sebelum ini pernah menggunakan dream matte mouse ini dan juga powder(tak ingat nama full) by maybelline, akan tetapi hasil nya agak mengecewakan saya, bukan sahaja muka bercepuk-cepuk malahan menyebabkan jerawat dan ruam-ruam merah mula tumbuh di wajah.  Selepas itu saya berhenti menggunakan produk maybeline(yang berasaskan mousse atau foundation sahaja), mungkin maybelline kurang sesuai untuk yang memiliki kulit sensitif. Akhirnya produk-produk maybelline atau produk-produk lain yang kurang sesuai di muka di sumbangkan dengan kakak(sedih sebab mahal terpaksa di derma dengan orang lain!huhu).


     Akan tetapi, tidak semua mempunyai kulit wajah seperti saya bukan, masih juga boleh menggunakan maybelline sebab bukan cakap maybelline tak bagus cuma tidak sesuai pada wajah saya sahaja.




Maybelline Matte mousse(curi dari google)



Sebelum nak habiskan review tentang krim susu beras ini, boleh tengok muka saya yang menggunakan bedak asas krim susu beras. Dekat bawah.



       
       Ya tahu tidak se flawless wajah anda atau siapa-siapa jer yang marvelous. Tapi yalah, ini lah hasil selepas menggunakan krim susu beras sebagai base dan produk-produk lain.  Untuk mengakhiri entry kali ini, pilihan pengguna adalah pilihan yang paling bijak. Lebih baik dapatkan pendapat daripada yang pakar sebelum menggenakan pada wajah anda.  Sekian terima kasih!

No comments:

Post a Comment