Asalamualaikum dan selamat sejahtera
Malam ini saya nak share macam mana nak buat kek cheese kit kat(as requested)..hehe..Sebenarnya sangat mudah nak buat kek cheese kit kat nie..
Bahan-bahannya :-
2 bungkus biskut saltcheese
500g philadelphia cream cheese
1 tin susu pekat f&n
3 bungkus Kit kat(yang berharga RM 5.90-3 bungkus di dalamnya)
3 crunchie biskut Top(ada diskaun RM 3.90-3 bungkus didalamnya)
1 kotak cheese cheedar
Bahan-bahan dipukul :-
500g philadephia cream cheese
1 tin susu pekat f&n(boleh kurangkan kepada separuh jika suka tak terlalu manis)
Langkah :-
- Cream cheese yang dipukul sebati bersama-sama susu pekat tadi disusunkan secara berlapis-lapis dengan biskut saltcheese.
- Susun secara berselang seli(Horizontal dulu kemudian vertical-harap faham cara penyusunan..kalau x paham juga boleh contact saya secara personal.hehe)
- Selepas 2 kali susunan dengan biskut saltcheese, Crunchie biskut top yang telah di potong secara kecil-kecil disusunkan atas lapisan ketiga. Lapiskan dengan cream cheese supaya permukaan nya rata.
- Diulangi lagi dengan 2 kali lapisan biskut saltcheese.
- Lapisan atas kek bolehlah disusun dengan coklat kit kat,dihaluskan lagi dengan hiasan cheese cheddar(cheese parut). Saya letakkan sedikit susu pekat untuk kasi lebih lemak berkrim kata orang...hehe
- Disimpan di dalam peti ais selama 1 malam sehingga sejuk.
cheese cake kit kat
Sangat sedap di makan semasa minum teh.hehe
No comments:
Post a Comment