>

TRANSLATOR

Elegant Rose


Wednesday, November 13, 2013

COLOUR STUDIO BY ELIANTO

Assalammualaikum dan selamat pagi..

     Kali ini nak buat review tentang eyes shadow keluaran Elianto.  Kalau sesiapa yang pernah menggunakan produk elianto nie, tau lah kot macam mana 'kepoweran' produk-produk keluaran mereka.  Elianto bukan sahaja menawarkan eyes shadow, tetapi turut juga menjual compact powder, cleanser, mascara, lipstick, blusher dan etc-etc.  Ada satu yang paling best tentang produk elianto nie, ia sangat bagus untuk sesiapa yang memiliki kulit sensitif.  Tak caya? sebab saya memiliki kulit yang sangat sensitif, pakai salah sikit habis lah gatal-gatal dan tumbuh ruam-ruam di muka. Kalau menggunakan elianto, tak perlu risau!. Okeylah, nak tengok elianto pilihan saya?tengok di bawah.hehe


sepatutnya ada tiga, lupa plak yang satu lagi kat mana.hehe



warnanya yang sangat natural

    Tengoklah hasil eyes shadow pada tangan saya.  Warnanya yang sangat cantik bagi sesiapa yang menggemari make-up jenis natural sahaja. Satu lagi, eyes shadow ini bagus sebab tak bercepok-cepok macam yang lain. Walaupun warna ini kurang terang seperti di atas, eyes shadow ini masih juga tahan lama tau.  Harga eyes shadow ini murah jer ada yang RM 10 dan RM 5 satu.  Sangat bagus untuk beginner yang baru-baru nak belajar make-up.

No comments:

Post a Comment