Pagi ini saya rajin sikit nak buat review. Kali ini product yang dihasilkan adalah daripada produk Maybelline. Saya nak buat review tentang Maybelline Diamond Glow Eyes Shadow. Nak tengok rupa dia tak? Sila tengok gambar di bawah.
Ada 4 warna asas, selalunya tiga kan
cantik kan colour dia?
Yang saya punya nie Copper brown 01 sebab tue pilihan kaler dia ada juga warna gold. Eyes shadow ini sangat sesuai digayakan untuk makan malam dan ketika keluar berparti waktu malam. Ini kerana, warna dia yang sangat terang dan cantik. Eyes shadow ini juga jenis yang long lasting atau jenis yang tahan lah. Saya selalu guna ini sebab memang bagus lah untuk bergaya. Dayyumm..!! Eyes shadow ini juga bagus tau sebab dah tak perlu nak terhegeh-hegeh cari warna asas warna puteh boleh sudah sapu dan gunakan satu bekas ini terus. Bagi pengguna yang baru mula-mula nak berjinak kedunia make-up, cara penggunakan juga ada dinyatakan pada belakang bekas ini.
sangat senang bukan?(lusuh betol, menunjukkan super awesome)
Eyes shadow ini sangat bagus dan awesome bagi sesiapa yang berkulit cerah. Oh, tidak lupa juga eyes shadow ini paling sesuai untuk sesiapa yang suka menggayakan make-up 'smokey eyes'. Ini kerana warnanya yang glittering bila digunakkan pada waktu malam. Tengok gambar di bawah, warna-warna eyes shadow yang sangat mesra pengguna.
4 warna pilihan di dalam maybelline diamond glow by eyes shadow
Harga eyes shadow ini juga sangat berpatutan. Saya tidak ingat berapa precise price itu, tapi dalam lingkungan RM 20+. Okeylah, setakat itu sahaja review tentang Maybelline diamond glow by eyes shadow. Memang tidak rugi kalau mencuba ini. Saya pon sangat suka!
No comments:
Post a Comment