>

TRANSLATOR

Elegant Rose


Thursday, November 14, 2013

PERIPERA PERI'S TINT WATER

Assalammualaikum dan selamat petang


       Saya nak buat sedikit review tentang Peripera peri's tint water.  Peripera peri's tint water ini adalah salah satu produk keluaran daripada peripera peri's(berbelit lidah menyebut peri peraa pera nie..aduhh).  Produk ini adalah made in Korea.  So, no wonder lah bekas nya sangat comel bukan?.  Peripera peri's tint water ini sangat sesuai digayakan untuk make-up jenis natural.  Boleh sapu sahaja tint nie dan tada..boleh sudah keluar rumah.hehe.


         Selain itu juga peripera peri's tint water ini boleh disapukan lepas mengguna lipstick pada bibir mungil anda supaya lipstick nampak lebih menarik dan juga tahan lama.  Peripera peri's tint water menyediakan beberapa jenis pilihan warna yang menarik seperti Pink Juice, Cherry Juice dan Orange Juice.  Yang saya punya gambar dibawah tue adalah Pink juice.


         Selain bertindak sebagai pengilap bibir, peripera peri's tint water juga boleh menjadi pemerah bibir(blusher). Pastikan menyapu dulu pada tulang pipi sebelum mengenakan sebarang make-up supaya make-up lebih rata dan tak bercepuk-cepuk.  Berminat nak mendapatkan produk ini?boleh didapati di Guardian dan Watson yang berhampiran.  Oh sebelum lupa, harga peripera peri's tint water ini lebih kurang RM 29.90, ya agak mahal untuk sebotol tint sahaja. Tapi peripera peri's tint water ini mempunyai kualiti yang hebat berbanding tint-tint biasa di pasaran.  Barang import katakan.hahaha




Bekas comel




camnielah rupanya bila disapukan pada kulit(abaikan tangan kotor)

No comments:

Post a Comment