>

TRANSLATOR

Elegant Rose


Friday, November 15, 2013

ZA WIDE EYES MASCARA




Assalammualaikum dan selamat petang..


    Kali ini nak buat review tentang ZA wide eyes mascara.   ZA wide eyes mascara adalah mascara yang berfungsi untuk membesarkan mata penggunanya(seperti namanya za wide eyes mascara).  Terus terang saya katakan za wide eyes mascara agak failed.  Kenapa? bulu mata susah nak melengkuk kalau gunakan mascara ini.  Biasanya kalau gunakan mascara jenis lain, saya tak perlu susah-susah nak menggunakan pelentik bulu mata sebab cecair di dalam mascara itu dah cukup untuk melentikkan bulu mata saya.  Kedua, mata tak menjadi besar pon kalau guna(ya memang biji mata tak kan besar..lucu..tapi impak bulu mata yang lentik dapat membuatkan mata kelihatan besar.. ka aku yang tak pandai guna?hehe).  Produk ini juga tidak berjaya melebatkkan bulu mata.


     Akan tetapi mascara ini juga ada kelebihan nya, sekiranya anda menyukai make-up jenis ringan atau natural, Za wide eyes mascara adalah pilihan yang paling tepat.  Cecair mascara ini juga adalah jenis yang cepat kering dan tidak perlu risau melekat pada kelopak mata semasa menggayakan nya. Sangat kemas dan tidak kotor.


Gambar di bawah adalah gambar Za wide eyes mascara.



Za wide eyes mascara.




Berus nya yang halus dan mesra pengguna*sorry gambar kurang jelas*


Baiklah, setakat itu sahaja review saya tentang Za wide eyes mascara. Sekian.

No comments:

Post a Comment