>

TRANSLATOR

Elegant Rose


Friday, November 15, 2013

SILKYGIRL LONG WEARING LIPLINER


Assalammualaikum dan selamat petang..


    Kali saya akan membuat review sedikit tentang produk silkygirl long wearing lipliner.   Saya rasa sesiapa pun tahu akan kegunaan lipliner bukan?  Lipliner ini biasanya akan diletakkan/dicalitkan pada bibir dahulu untuk membentuk bibir seperti yang dimahukan oleh penggunanya.  Selain itu juga, lipliner ini berfungsi untuk membuat warna lipstick lebih tahan lama pada bibir anda.


   Tidak ada beza fungsi lipliner silkygirl ini berbanding dengan lipliner jenis-jenis  produk lain di luar sana. Oleh sebab itu, saya akan menyimpulkan kelebihan dan keburukan pada silkygirl long wearing lipliner ini.  Secara ringkas sahaja.


Kebaikan :-

  • Tahan lama! Lipliner ini sangat tahan lama apabila dikenakan pada bibir pengguna, tidak kira berapa lama/jam kamu mengguna lipstick, warna nya masih disitu(walupun kamu selepas makan).
  • Murah! Ya salah satu juga produk silkygirl ini sangat murah, di bawah RM 20.00!
  • Jenis putar!sesetengah lipliner adalah berbentuk pensil.  Akan tetapi yang ini anda hanya pelu putar sahaja tidak perlu bersusah payah nak mengasah.

Keburukan :-

  • Perlukan penjagaan yang rapi, anda mesti menjaga dengan rapi takut mata pensilnya patah!.
  • Mata pensilnya sangat kering!   Bagi pendapat saya, adalah lebih baik sekiranya bahan produk ini ada minyak-minyak sedikit bila di applykan pada bibir, sebab disamping lebih menarik ianya bagus  juga sebagai pelembab bibir.







Silkygirl long wearing lipliner




Long wearing Nude 01



    Setakat itu sahaja review saya kali ini, saya minta maaf banyak-banyak sekiranya terlalu sedikit.  Bolehlah melawati guardian ataupun watson yang terdekat jika berminat. Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment