>

TRANSLATOR

Elegant Rose


Wednesday, November 13, 2013

IN2IT BB MAKE-UP CREAM 5 IN 1


Assalammualaikum dan selamat malam

     Entry kali ini adalah tentang another produk keluaran daripada in2it. Kalau nak merisik produk lain daripada in2it juga boleh tengok entry disini  in2it gel tint for lip and cheek, in2it oil color and oil free 2-way foundation, dan  in2it waterproof eyes colour.  

    In2it BB make-up cream 5 in 1 juga mempunyai fungsi-fungsi biasa seperti BB cream yang lain juga, sama seperti BB cream trio action by sasatinnie.  Cuma, BB cream trio action by sasatinnie mempunyai tekstur liquid bb cream nya yang agak pekat berbanding dengan in2it.  Sekiranya menginginkan BB cream yang lebih ringin semestinya in2it adalah pilihan yang paling bijak.  Selepas menyapu in2it BB make-up cream ini bolehlah menyapu loose powder untuk hasil yang lebih rata.  Penggunaan in2it bb cream tanpa powder juga boleh sekiranya mahukan pilihan make-up yang lebih simple.


Tiub in2it BB cream nya yang kecil



Fungsi-fungsinya dinyatakan dibelakang tiub 


Fungsi-fungsi In2it BB make-up cream 5 in 1:-

  • foundation
  • Make-up base
  • Concealer 
  • Sun protection SPF 30 PA+++
  • Moisturizer



Tekstur cream yang tipis dan ringan


         In2it BB cream juga bertindak sebagai pelembab sekiranya anda mempunyai kulit wajah yang kering.  Harganya dibawah RM20.00 amat berbaloi untuk dimiliki dan mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.

Sekian review daripada saya tentang in2it BB make-up Cream 5 in 1.

No comments:

Post a Comment