Assalammualaikum dan petang..
Kali ini adalah review tentang In2it eyeliner pen. In2it eyeliner pen ini lebih kurang macam maybeline hypersharp new york eyeliner jugak. Cuma mata pen in2it ini lebih besar daripada maybeline punya. Bagi sesiapa yang suka garis mata liner pada kelopak mata dia orang lebih tebal dan tak perlu nak mengaris dua tiga kali, In2it eyeliner pen adalah pilihan yang paling bijak!. Selain daripada itu juga, in2it eyeliner pen juga mempunyai berus yang lebih keras daripada maybelline hypersharp new york(susah nak rosak dan tidak perlu penjagaan rapi seperti maybelline hypersharp eyeliner).
Akan tetapi, in2it eyeliner pen ini ada keburukan dia juga tau(alah..ada keburukan pulak, memang tak best didengarkan?). Kalau nak guna eyeliner nie pada kelopak mata, mesti tutup cepat-cepat sebab takut rosak. Nanti mengeras dan kering pulak hujung pen tue kan terpaksa beli yang baru. Oleh disebabkan berus nya yang besar tue, jangka hayat eyeliner nie tak lama seperti maybelline hypersharp eyeliner, maksudnya..dakwatnya cebat habis..lebih kurang dua bulan jer jangka hayat penggunaan produk nie.
Setakat ini, ini sahaja lah keburukkan in2it eyeliner pen ini sepanjang saya menggunakan nya. Selain daripada itu, eyeliner ini super awesome!!. Harganya juga sangat berpatutan. Saya tak ingat dah berapa harga nya, tapi yang pasti semasa saya beli tue dibawah RM 20.00
in2it eyeliner pen
Berusnya seakan-akan bentuk pen
Kalau berminat bolehlah rajin-rajin menjengok kedai watson dan Guardian yang berdekatan.
No comments:
Post a Comment