Assalammualaikum dan selamat malam..
Kali ini saya nak ajar cara memasak nasi briyani ayam senang. Super senang! Kalau dah pandai masak sendiri briyani tak payah dah nak beli kedai mamak, sendiri boleh masak.hehe. Sebelum nak start memasak, pastikan memasak ayam dahulu baru masak nasi briyani ayam yer sebab nak masukkan ayam yang dah masak ke dalam nasi nanti.
Bahan - bahan:
2kg ayam
250g kismis
250g kacang hijau(di dalam tin)
1 tin susu krimer cair f&n
400ml susu santan parut(200ml untuk briyani ayam dan 200ml untuk nasi briyani)
7 sudu besar minyak
2 sudu besar serbuk cili adabi
2 sudu teh serbuk ketumbar
1 sudu teh jintan manis
2 ketul kiub perasa ayam knows
garam secukup rasa
4cm halia
10 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 biji bawang bakong(bawang besar)
1 tapak tangan cili kering yang dilumatkan(diblender halus)
1 bungkus sup bunjut
3 batang kayu manis ( 2 untuk memasak briyani ayam, 1 untuk nasi briyani)
4 biji buah pelaga ( 2 untuk memasak briyani ayam, 2 untuk memasak nasi briyani)
4 kuntum bunga cengkih ( 2 untuk memasak briyani ayam, 2 untuk memasak nasi briyani)
2 biji bawang besar dihiris-hiris (bahagikan kepada dua bahagian!)
ajinomoto secukup rasa
8 sukatan beras
2 sudu teh kunyit
3 sudu teh kari ayam/daging
Bahan-bahan ayam briyani :-
2kg ayam dipotong-potong sebaiknya
7 sudu besar minyak masak
2 sudu besar serbuk cili
1 sudu teh jintan manis
2 sudu teh ketumbar
1 kiub perisa ayam knows
garam secukup rasa
ajinomoto secukup rasa
1 tin susu krimer cair f&n
200ml susu santan parut
1 tangkai serai
Bahan-bahan untuk diblender 1/2 cawan air :-
4cm halia
10 ulas bawang puteh
5 biji bawang merah
1 tangkai serai(dipotong-potong)
Blender berasingan :-
1 tapak tangan cili kering yang dilumatkan(diblender halus)
Bahan tumis :-
2 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 biji bawang besar dihiris-hiris
Cara-cara membuatnya :-
- Panaskan minyak masak di dalam kuali.
- Masukkan bahan tumis sehingga naik wangi dan masukkan bawang sehingga bertukar kekuningan.
- Masukkan bahan-bahan yang telah diblend tadi sehingga yakin masak.
- Masukkan ketumbar, jintan manis, 1 kiub perasa ayam knows, serbuk cili, cili kering yang diblender (saya masukkan sekali cili kering sebab serbuk cili kurang pedas, serbuk cili hanya bagus untuk merahkan rempah sedikit)
- Masukkan 1/2 cawan air dan 1 tin susu cair krimer f&n dan kacau rata.
- Masukkan ayam dan tambah 1 cawan air. Masukkan 200ml susu santan parut. Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa dan tunggu ayam masak.
- Ketepikan ayam yang sudah masak.
sorry gambar kurang jelas, lapa sangat kot.haha
Bahan-bahan nasi briyani :-
8 cawan beras basmathi
3 sudu besar minyak sapi
250g kismis
250g kacang hijau (di dalam tin)
200ml susu santan parut
2 sudu teh kunyit
3 sudu teh kari
1 bungkus sup bunjut
garam secukup rasa
1 kiub perasa ayam knows
8 cawan air
Bahan tumis
1 bungkus sup buncut(dibuka ikatan dan dilumatkan)
1 batang kayu manis (dilumatkan untuk menambah bau rempah)
2 kuntum bunga lawang (dilumatkan)
2 biji buah pelaga (dilumatkan)
1 biji bawang besar yang dihiris-hiris.
Cara-cara :-
- panaskan minyak di dalam kuali.
- tumiskan bahan tumis sehingga naik bau. Masukkan juga bawang besar dan masak sehingga kekuningan.
- Masukkan kiub perasa ayam knows.
- masukkan beras basmathi dan masukkan kunyit dan kari.
- Masukkan 250g kismis dan 250g kacang hijau. Tambahkan garam secukup rasa.
- Bahan-bahan tadi dimasukkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti memasak beras biasa(masukkan sekali 200ml susu santan parut).
- Selepas beras masak dan menjadi nasi briyani, masukkan ayam briyani kedalam nasi briyani selama 30 minit.
- Sekiranya sudah masak, bolehlah menikmati hidangan!
nie kali pertama buat, lupa nak ambil gambar.hehe
Tips beras terurai :- sebelum memasukkan beras kedalam kuali, panaskan beras dengan air panas selama 5-7 minit. Jangan terlalu lama, nanti beras kembang!.
No comments:
Post a Comment